Perkembangan Bantuan Negara melalui Kementerian
Dipetik daripada Page Dr.Asyraf Wajdi Dusuki
Menteri Dijabatan Perdana Menteri
Tarikh siaraya : 23/09/17
Masa : 6.14 a.m.
10 FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI MENGENAI PEMBANGUNAN INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA
Oleh: DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
Tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittafiqiyah telah mengundang pelbagai spekulasi dan polemik. Banyak hikmah dan iktibar untuk kita renungi bersama. Pokoknya Kerajaan mengambil serius di atas tragedi ini. Namun segala inisiatif yang diambil Kerajaan selama ini hanya akan dapat direalisasikan sekiranya semua pihak termasuk anggota masyarakat dapat berganding bahu bersama. Hakikatnya Kerajaan sentiasa memastikan komitmen padu diberikan terhadap agenda memartabatkan pendidikan Islam sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam Agama Negara.
1. Pada tahun ini sahaja bagi Bajet 2017, sebanyak RM80 juta telah diperuntukkan kepada 819 Sekolah Pondok, Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Institusi Tahfiz Berdaftar. Agihan RM50 juta kepada Sekolah Pondok dan SMAR di bawah Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah. Manakala RM30 juta lagi diagihkan kepada pusat-pusat tahfiz dan pondok agama bagi tujuan membangunkan pendidikan tahfiz seperti menaik taraf prasarana dan infrastruktur masing-masing agar menepati piawai keselamatan yang ditetapkan
2. Bagi pusat tahfiz, peruntukan ini disalurkan kepada seluruh negeri berdasarkan jumlah sekolah tahfiz yang berdaftar di bawah Jabatan atau Majlis Agama Negeri (JAIN/MAIN) di setiap negeri. Kemudiannya JAIN/MAIN yang berkaitan akan mengagihkan jumlah sewajarnya mengikut pelajar di setiap sekolah. Setiap agihan akan disalurkan secara terus kepada akaun pusat tahfiz berkenaan.
3. Peruntukan di atas tidak termasuk institusi-institusi agama yang sememangnya di bawah tanggungan Kerajaan khususnya di bawah pemantauan Kementerian Pendidikan Malaysia. Setiap tahun Kerajaan membelanjakan tidak kurang RM980 juta setahun untuk membiayai gaji dan emolumen hampir 59,000 guru-guru agama dan hampir 500 sekolah-sekolah agama termasuk sekolah aliran tahfiz dan ulul albab.
4. Peruntukan ini juga tidak termasuk sekolah-sekolah dibawah MARA seperti MRSM Ulul Albab aliran Tahfiz dan sekolah-sekolah agama yang ditanggung khusus oleh Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
5. JAKIM sendiri mendapat peruntukan hampir RM500 juta setahun untuk menanggung elaun 33,000 Guru-Guru Kelas Fardhu Ain, 3,950 Guru-Guru Takmir dan 14,254 para Imam seluruh Malaysia.
6. Kerajaan juga mempunyai Insitusi Darul Quran JAKIM yang telah melahirkan 6,472 orang graduan yang ada dikalangannya adalah 'Hafiz Profesional' yang berkelulusan Doktor, Akauntan, Jurutera dan Pentadbir Kerajaan melalui program kerjasama dengan universiti-universiti tempatan. Komitmen besar kewangan kerajaan melebihi RM1 Billion setahun juga turut disalurkan kepada insitusi-institusi Pengajian Tinggi berorientasikan Islam seperti UIAM, USIM, UNISZA, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UM, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UKM dan program-program agama di semua universiti awam dalam negara.
7. Terkini di bawah Dasar Pendidikan Tahfiz Negara yang dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri, Kerajaan mensasarkan untuk melahirkan 125,000 'Huffaz Profesional' menjelang 2050 di bawah gagasan TN50.
8. Selain yang disebutkan di atas, asas utama yang harus diketahui bahawa tanggungjawab pentadbiran agama Islam termasuk hal yang menyentuh sekolah-sekolah agama dan pusat-pusat tahfiz adalah di bawah kuasa negeri-negeri. Justeru, pendaftaran pusat tahfiz adalah di bawah pihak berkuasa agama negeri.
9. Berdasarkan penyelarasan data yang dibuat JAKIM di peringkat persekutuan, sehingga kini terdapat 20 buah sekolah tahfiz milik Kerajaan Negeri dengan 4,643 murid dan 618 buah sekolah tahfiz swasta berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dengan 37,902 murid.
10. Perkembangan mutakhir menuntut kepada penubuhan Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri (yang akan bersidang Selasa ini). Penubuhan Jawatankuasa ini adalah suatu inisiatif berkesinambungan untuk memastikan operasi institusi-institusi pendidikan agama dapat berjalan dengan lebih teratur dan tersusun termasuk penekanan aspek keselamatan, kebajikan dan kualiti pembelajaran pusat-pusat tahfiz dengan penggemblengan usahasama antara agensi-agensi Persekutuan dan Negeri.
Hakikatnya pertumbuhan sekolah-sekolah agama dan tahfiz yang bagaikan cendawan selepas hujan adalah sesuatu yang perlu ditangani secara komprehensif khususnya bagi memastikan kualiti pendidikan tahfiz negara yang sebenar terjamin. Ini termasuklah kerjasama masyarakat agar tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah agama dan pusat-pusat tahfiz yang tidak berdaftar. Moga-moga tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah menjadi pencetus kepada kerjasama utuh antara pelbagai pihak termasuk Agensi-agensi Persekutuan dan Negeri serta anggota masyarakat bagi mengelakkan perkara sama berulang kembali.