MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DARUL ULOOM ISLAMIAH
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DARUL ULOOM ISLAMIAH
  • UTAMA
  • INFO MTAQDUI
    • SEJARAH MTAQDUI
    • CARTA PENGURUSAN
    • LOGO MTAQDUI
    • DASAR PENGAJIAN
    • SEKAPUR SIRIH
  • PERIHAL PENGAJIAN
    • PENGAJIAN TAHFIZ
    • ISU-ISU PENDIDIKAN NEGARA & GLOBAL
    • TAZKIRAH
    • UNIT-UNIT
  • PENTADBIRAN
    • PENDAFTARAN
    • PEKELILING & PERATURAN
    • KEWANGAN
    • BORANG-BORANG
    • GALERI
    • HUBUNGI KAMI
  • WAKAF PENDIDIKAN
  • UTAMA
  • INFO MTAQDUI
    • SEJARAH MTAQDUI
    • CARTA PENGURUSAN
    • LOGO MTAQDUI
    • DASAR PENGAJIAN
    • SEKAPUR SIRIH
  • PERIHAL PENGAJIAN
    • PENGAJIAN TAHFIZ
    • ISU-ISU PENDIDIKAN NEGARA & GLOBAL
    • TAZKIRAH
    • UNIT-UNIT
  • PENTADBIRAN
    • PENDAFTARAN
    • PEKELILING & PERATURAN
    • KEWANGAN
    • BORANG-BORANG
    • GALERI
    • HUBUNGI KAMI
  • WAKAF PENDIDIKAN

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DARUL ULOOM ISLAMIAH
(MTAQDUI)

​Mengejar ganjaran 10 malam terakhir Ramadan

Picture
Picture
                   SEPARUH Ramadan sudah berlalu dan kini kita berada pada separuh yang kedua. Sudah pasti 10 malam terakhir bakal menjelma dengan nilai satu malam lebih baik daripada 1,000 bulan. Dengan situasi virus Covid-19 belum berakhir, sudah pasti 10 malam terakhir akan dihidupkan di rumah masing-masing.
Satu kebiasaan yang baharu sebagaimana solat sunat Tarawih dilakukan secara berjemaah bersama ahli keluarga. Allah SWT menjanjikan nilai satu daripada 10 malam terakhir sebagaimana firman-Nya: "Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan." Surah al-Qadr, ayat 3

                Bagaimanapun, Allah tidak menzahirkan pada malam ke berapa akan berlakunya al-Qadr. Rahsia penyembunyian malam kemuliaan ini adalah supaya menjadi pendorong kepada hamba-Nya agar berusaha bersungguh-sungguh menunaikan ibadat sepanjang malam. Perkara ini juga sebagaimana disembunyikan waktu mustajab doa pada Jumaat supaya mendidik manusia sentiasa berusaha dalam mendapatkan sesuatu yang bernilai.
Ganjaran yang besar menanti setiap hamba-Nya, menuntut istiqamah berterusan dalam melakukan ibadat bermula dari awal Ramadan sehingga pengakhirannya. Rasulullah SAW amat menitikberatkan ibadat pada malam khususnya menghampiri 10 yang terakhir. Daripada Aisyah RA berkata: "Adalah Rasulullah apabila masuk pada 10 akhir (Ramadan), Baginda akan menghidupkan malamnya (dengan ibadat), mengejutkan ahli keluarganya dan memperketatkan kain sarungnya (menjauhi daripada melakukan hubungan seksual dengan semua isteri)." Hadis Riwayat Muslim

                          Kesungguhan beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan pasti memberi kesan yang besar kepada seluruh umat Islam. Bagi mereka yang istiqamah melakukan solat fardu berjemaah, diikuti solat sunat Tarawih pada malam hari, pasti 10 malam terakhir akan diisi dengan sepenuhnya. Walaupun tahun ini tiada solat sunat Tahajud di surau atau masjid berdekatan, ibadat bersama keluarga ini dapat dihidupkan dengan jayanya. Nabi berdasarkan penceritaan Aisyah RA, katanya: "Rasulullah berusaha sedaya upaya pada malam 10 akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam yang lain." Hadis Riwayat Muslim
​
                   
Oleh itu, persediaan bagi menghadapi 10 malam terakhir ini perlu dibuat bermula sejak awal Ramadan. Bagi mereka yang memburu malam al-Qadr, pastinya ibadat yang dilakukan akan bertambah lebih-lebih lagi bacaan al-Qur'an dan solat sunat yang lain. Pada saat ini, mereka akan memohon doa, merintih kepada Allah agar dosa yang dilakukan mendapat keampunan dan memohon agar diberi panduan ke jalan yang benar.

Picture
Picture
Daripada Umar bin Al-Khattab r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya (menggunakannya untuk selain daripada makan), kerana ia dihasilkan daripada pohon yang diberkati, " (Hadis Riwayat At-Tirmizi)


​PENGENALAN

Picture
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DARUL ULOOM ISLAMIAH, ditubuhankan sercara rasmi PADA AWAL TAHUN 2014, MTAQDUI telah didaftarkan dengan JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR dengan memiliki NO. PEDAFTARAN MTS/JB/030. Pada tahun yang sama MTAQDUI telah didaftarkan secara AUTOMATIK dengan JAKIM dengan KOD. PENDAFTARAN JZH1030. MTAQDUI bermula dengan satu aliran pengajian tahfiz Banat (Perempuan) dengan pelajar dibawah 15 orang & 2 orang asatizah sahaja. MTAQDUI membuka satu lagi aliran pengajian tahfiz Banin (Lelaki), di taman perumahan di sekitar Jalan Beringin Taman Rinting Masai. PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN satu aliran yang diwujudkan dengan matlamat melahirkan insaniah yang berjiwa tinggi untuk membangu, membela & memperjuangkan agama islam. Para asatizah yang berpengalaman  dari latar belakang pendidikan Madrasah yang telah berjaya melahirkan para ulama & pendidik-pendidik agama & perjuang agama. Sesi pengajian tahfiz al-quran di MTAQDUI ini sepenuh masa, bermula seawal waktu sahur untuk para pelajar asrama akan bangun dan mulakan jadual harian mereka manakala pelajar ulang alik dari jam 8.00 pagi. Selain pengajian dalam kelas para pelajar juga didedahkan dengan aktiviti khidmat harian setiap hari, kerana dengan amalan ini membentuk jati diri pelajar agar sifat agama & kemantapan ilmu dapat meresap dalam jiwa-jiwa para pelajar. Aktiviti riadah bagi pelajar lelaki akan bermain & sukan di taman rekreasi jalan beringin, manakala para pelajar perempuan dalam kawasan tertutup banat. 


SISITEM PENGAJIAN MTAQDUI

Picture
Corak pendidikan dilaksanakan secara bertalaki, dengan sistem hafalan, tasmi, ulangan hafalan lama bagi pengajaran & pembelajaran aliran tahfiz ini. Manakala aliran alimah berorentasikan pengajaran dalam bilik darjah, hafalan, latihan tubi dan ujian setiap penggal berakhir.

      Mengasaskan cara kefahaman fikrah ahlisunnahwaljamaah dalam memahami dan menghayati kefahaman agama islam. Menerapkan juga nilai-nilai murni dari segi sahsiah pelajar yang berilmu, beriman dan bertaqwa.

    Konsep penerapan melalui mujahadah dalam menuntut ilmu, memberi galakan kepada para pelajar agar lali dengan kesusahan & keperitan dalam menuntut ilmu. Sekaligus memberikan kesedaran kepentingan berkhidmat, matlamat khidmat bagaimana hidup sentiasa merasa ketakutan pada Allah swt dan kecintaan mengamalkan cara hidup Nabi Muhammad saw. 


​DASAR KEBERADAAN MTAQDUI 

Picture

​Dasar Pendidikan yang berteraskan Al-Quran & hadits, dengan memiliki para ASATIZAH yang berdidikasi melalui penyediaan dari alam pengajian mereka, berjuang memberi didikan pada masyarakat dan membina jati diri insan serta berkeinginan yang tinggi agar Islam diamalkan & di hayati oleh ummat manusia seluruh pelusuk alam buana.

          Hal ini memberi impak yang besar pada ummat terutamanya pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Uloom Islamiah. Selain itu para pelajar diberikan tanggungjawab ketika pengajian, dengan bersendikan matlamat untuk menamatkan pengajian seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Pentadbiran dan para Asatizah.

          Oleh itu keberadaan mereka di sini digilap dengan maksud & tujuan yang jelas, untuk berjuang dengan sepenuh hati ketika menuntut ilmu. Hasilnya apabila mereka tangguh akan membawa sekelumit jati diri yang sangat dalam rasa CINTA & TAKUTKAN ALLAH SWT.
​

    Ruang Maklum balas & Cadangan

Submit
Picture
Pihak MTAQDUI mengucapkan ribuan terima kasih @ jazakumullah khair, diatas kesudian tuan puan untuk menghulurkan sumbangan, infaq & sedekah untuk PEMBANGUNAN & KELANGSUNGAN operasi MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DARUL ULOOM ISLAMIAH Tmn. Rinting Masai Johor. Semoga ianya diberkati & diterima oleh Allah swt dengan melahiran Insaniah-insaniah yang berjiwa tinggi untuk membangun, membela & memperjuangkan agama islam.
Powered by Create your own unique website with customizable templates.